Friday, 2 October 2015

Laporan Minggu ke -11

Tajuk :PENGURUSAN PERTANDINGAN

Tarikh :25 Ogos 2015

Hari :Selasa

Pengisian :

  • Semua pensyarah telah memberi penerangan tentang kepentingan mempelajari asas pengurusan Pertandingan.
  • Dua pelajar telah mewakili kami untuk mengendalikan pertandingan bola tampar dalam kalangan praktikum Peserta-peserta terrorist daripada enam wakil daripada setiap praktikum.
  • Pertandingan ini berjaya dilakukan dengan kerjasama semua pelajar. Kami dapat mempelajari bahawa kejayaan sesebuah aktiviti bergantung pada kerjasama dan sumbangan semua ahli yang terlibat. 
  • Kerjasama merupakan asas kejayaan mana-mana aktiviti. Pengurusan masa yang cekap merupakan faktor kedua yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah aktiviti. 
  • Perancangan dan pengurusan secara sistematik sangat penting dalam melakukan sesuatu aktiviti. Penglibatan semua ahli dan sumbangan idea yang bernas penting bagi memastikan kualiti pertandingan yang dijalankan terpelihara.


Kesimpulannya: Kami berjaya mempelajari semua aspek ini sepanjang proses pertandingan ini.

Disediakan oleh:LANGKEAS A/L MOHANAVEL

Monday, 14 September 2015

Laporan minggu ke-10


Tajuk : Ciri-ciri pelajar cemerlang
Tarikh:
Hari   :Selasa


Pengisian:
  • Pensyarah-pensyarah mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan pelajar dengan menceritakan kepada kami kisah pelajar kolej lain yang hanya kerana tidak menyiapkan tugasan,dia sanggup menipu pihak kolej sehingga melibatkan pihak polis
  • Pensyarah kami, Puan Noorhazlina memberi tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang,yang disayangi
  • Antara tips yang kami beliau berikan adalah selalu menepati masa,ringan tulang,tidak lokek melontarkan senyuman,prihatin terhadap keadaan rakan-rakan dan pensyarah kami.
  • Sebelum kami bersukan mengikut minat masing-masing,para pensyarah memberi peringatan supaya tidak berada diluar kawasan blok selepas pukul 11 malam kerana keselamatan kami tidak terjamin jika berbuat sedemikian


Kesimpulan:
*Kami dapat mencatat,mengingat dan mempraktikkan tips-tips atau nasihat-nasihat yang diberi oleh para pensyarah dalam kehidupan kami seharian sebagai pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan 



Disediakan oleh:
Muhammad Hidayatullah Bin Razali

PENDEDAHAN KAEDAH MEMPERTAHANKAN DIRI KEPADA PELAJAR

PENGISIAN PADA MINGGU KE-9

HARI: SELASA

TARIKH: 11 OGOS 2015

Pada hari tersebut, kami telah didedahkan dengan pelbagai kaedah mempertahankan diri yang mudah dipraktikkan oleh generasi muda, khususnya kami sebagai generasi yang terdedah kepada pelbagai ancaman luar.Pada hari tersebut, kami diajar untuk melindungi diri daripada ancaman penjenayah, terutamanya kaum wanita yang seringkali dikaitkan menjadi mangsa ragut, rogol, rompakan, ugutan dan sebagainya.

Demonstrasi mempertahankan diri telah dipersembahkan oleh pelajar. Kami mendapat pencerahan tentang seni mempertahankan diri. 

Seni mempertahankan diri amat penting kerana apabila kita berada di luar pengawasan ibu bapa atau orang dewasa, kita lebih terdedah kepada bahaya.  Oleh itu, kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang cara mempertahankan diri agar keselamatan terjamin.


                                                                                                     




Kesimpulannya, pendedahan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah memberi input yang amat
 bermanfaat kepada kami semua.



 Disediakan oleh, 

NIK NUR EZATIE BINTI NIK YAHYA



PENGENALAN KEPADA OTOT-OTOT DALAM BADAN MANUSIA

MINGGU KE 8

HARI:SELASA

TARIKH: 4 OGOS 2015


Aktiviti- aktiviti yang dijalankan bersama pensyarah-pensyarah koko :

Tepat jam 8 pagi kami memulakan kelas koko minggu kelapan dengan melakukan senaman pagi untuk memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti lain.

Pensyarah-pensyarah koko memberi arahan kepada kami supaya memberikan contoh nama otot dan  fungsinya. Kemudian,  pensyarah-pensyarah memperkenalkan  nama-nama otot yang terdapat pada tubuh kita. Antaranya:
Konklusinya, kami dapat mengetahui dan menambah pengetahuan mengenai nama- nama otot dab fungsinya dengan lebih mendalam.


DISEDIAKAN OLEH:

NORAIRIN NATASYA BT ZULKIFLI

LAPORAN MINGGUAN KE 7

TARIKH : 28/7/2015

HARI : SELASA


PENGISIAN : 

Pensyarah - pensyarah koko memberikan taklimat sempena larian kakom yang diadakan secara     serentak seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. Melalui taklimat ini, para pelajar mendapat banyak input berkaitan larian kakom. Memandangkan kami masih baru dengan matrikulasi, kami berasa sungguh teruja dan bersemangat untuk mnyertai aktiviti yang sangat berfaedah ini.

Kami diberi latihan persediaaan sempena larian ini. Kami dikehendaki untuk berlari mengelilingi kawasan kolej sebanyak 2 pusingan. Memandangkan kawasan kolej agak luas, kami berasa sangat letih tetapi kami juga berasa gembira. Latihan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam larian tersebut. Agak berbaloi latihan tadi kerana kami dapat menyegarkan badan sekaligus bersedia untuk ke kuliah nanti. 

Selepas berlari, kami diberi masa untuk merehatkan badan dalam anggaran 10 - 15 minit sebelum meneruskan aktiviti sukan yang seterusnya. Para pelajar bebas untuk bermain permainan yang mereka kehendaki dibawah pengawasan pensyarah - pensyarah koko yg sungguh berpengalaman.

DISEDIAKAN OLEH,

( NUR AYUNI BINTI UDIN )

Sunday, 13 September 2015

Laporan Minggu Ke-6

Date: 
Day: Tuesday

Title: Talent Identification (TID)

Activities:
  • The class outset with an intense warm up conducted by Sir Kiru And Sir Yuslan
  • Then,All of us need to go through a series of test and the lecturers will judge and guess which sport that we can be at our best
  • The series of test involved 1 minutes push ups,Continuous zig-zag jump,Long jump and Doing 'split' (to test flexibilty for gymanstic sports)  
  • After the test was over,our KOKO lecturer let us play according to our own interest
  • 15 minutes before 10am,Class dimissed and all of us went straight to "Dewan Kuliah Besar 1" for our next class schedule 
Conclusion/Review made
       Even though some of us didnt get picked by the lecturers for the next Kakom, (Various sport tournament) there is none that complains or sad due to the test itself being fun and enjoyable.
-Fond memories were cherished without any dispute-

Written By:
Wan Nurdalila Binti Wan Hassan

LAPORAN MINGGUAN KE 5


Tarikh:16/6/2015
Hari    :Selasa

Aktiviti-aktiviti:
-Pensyarah-pensyarah KOKO memberi taklimat mengenai kad KOKO,cara-cara mengisinya,kepentingannya dan juga mengingatkan kepada para pelajar supaya menjaga kad KOKO masing-masing sebaik mungkin
-Para pensyarah memberi perkongsian ilmu tentang isu-isu semasa supaya para pelajar tidak "Seperti katak dibawah tempurung
-selepas perkongsian ilmu itu,para pensyarah membenarkan kami untuk bersukan mengikut minat masing-masing

Kesimpulan:

Selepas waktu KOKO tersebut kami kini mengetahui cara untuk mengisi kad KOKO dan kepentingannya untuk masa depan kami kelak

Ditulis oleh:
Norul Najwa Binti Azahar