LAPORAN MINGGUAN KE 7
TARIKH : 28/7/2015
HARI : SELASA
PENGISIAN :
Pensyarah - pensyarah koko memberikan taklimat sempena larian kakom yang diadakan secara serentak seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. Melalui taklimat ini, para pelajar mendapat banyak input berkaitan larian kakom. Memandangkan kami masih baru dengan matrikulasi, kami berasa sungguh teruja dan bersemangat untuk mnyertai aktiviti yang sangat berfaedah ini.
Kami diberi latihan persediaaan sempena larian ini. Kami dikehendaki untuk berlari mengelilingi kawasan kolej sebanyak 2 pusingan. Memandangkan kawasan kolej agak luas, kami berasa sangat letih tetapi kami juga berasa gembira. Latihan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam larian tersebut. Agak berbaloi latihan tadi kerana kami dapat menyegarkan badan sekaligus bersedia untuk ke kuliah nanti.
Selepas berlari, kami diberi masa untuk merehatkan badan dalam anggaran 10 - 15 minit sebelum meneruskan aktiviti sukan yang seterusnya. Para pelajar bebas untuk bermain permainan yang mereka kehendaki dibawah pengawasan pensyarah - pensyarah koko yg sungguh berpengalaman.
DISEDIAKAN OLEH,
( NUR AYUNI BINTI UDIN )
No comments:
Post a Comment