HARI: SELASA
TARIKH: 11 OGOS 2015
Pada hari tersebut, kami telah didedahkan dengan pelbagai kaedah mempertahankan diri yang mudah dipraktikkan oleh generasi muda, khususnya kami sebagai generasi yang terdedah kepada pelbagai ancaman luar.Pada hari tersebut, kami diajar untuk melindungi diri daripada ancaman penjenayah, terutamanya kaum wanita yang seringkali dikaitkan menjadi mangsa ragut, rogol, rompakan, ugutan dan sebagainya.
Demonstrasi mempertahankan diri telah dipersembahkan oleh pelajar. Kami mendapat pencerahan tentang seni mempertahankan diri.
Seni mempertahankan diri amat penting kerana apabila kita berada di luar pengawasan ibu bapa atau orang dewasa, kita lebih terdedah kepada bahaya. Oleh itu, kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang cara mempertahankan diri agar keselamatan terjamin.
Kesimpulannya, pendedahan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah memberi input yang amat
bermanfaat kepada kami semua.
Disediakan oleh,
NIK NUR EZATIE BINTI NIK YAHYA
No comments:
Post a Comment