Sunday, 13 September 2015

LAPORAN KOKURIKULUM MINGGU KE-3

Pada minggu ini, semua pelajar dibenarkan bermain permainan mengikut  kesukaan masing-masing. Sesetengah pelajar bermain badminton, sesetengah pelajar bermain bola keranjang, sesetengah pelajar bermain squash dan sebagainya.

Walaupun minggu ini ialah minggu ke-3 selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB), namun demikian, semua pelajar dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat, mereka dapat bergaul mesra dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam permainan, mereka mengamalkan etika sukan ketika bermain. Walaupun kalah kepada lawan, mereka masih terima dengan hati yang lega. Inilah sikap seorang ahli sukan.

Bagi sesetengah pelajar pula, mereka bermain squash. Ini merupakan pengalaman yang baru untuk mereka. Sikap berani mencuba juga merupakan salah satu sikap yang patut diamalkan oleh seorang ahli sukan. Mereka berani mencuba walaupun tidak pernah bermain. Dari situlah mereka dapat pengalaman seperti cara membuat servis, cara memukul bola yang tepat dan sebagainya. Ini merupakan pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat dibeli dengan wang nilai.

Selepas itu, semua pelajar bersurai selepas waktu kokurikulum pada pukul 10.00 pagi.

Gambar-gambar yang diambil:



Disediakan oleh,
GAN SHING YEN

Tarikh: 16 JUNE 2015

No comments:

Post a Comment